Strategi Serangan Pearl Harbor

Angkatan Jepun berlayar ke arah Pearl Harbor tanpa dikesan sehingga saat-saat terakhir.

Matlamat serangan pada Pearl Harbor adalah untuk melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik, walaupun untuk sementara waktu. Laksamana Isoroku Yamamoto sendiri menyatakan bahawa serangan yang berjaya sekalipun hanya memberikan setahun dua kebebasan bertindak. Jepun telah terbabit dalam perperangan dengan China selama beberapa tahun (bermula pada tahun 1937) dan telah merampas Manchuria beberapa tahun sebelumnya. Rancangan untuk serangan Pearl Harbor bagi menyokong kemaraan ketenteraan lanjut bermula pada Januari 1941, dan latihan untuk misi berlangsung pada pertengahan tahun apabila projek ini dianggap layak selepas pertelingkahan sesama tentera laut Imperial (Imperial Navy infighting).

Dua gelombang serangan dilancarkan oleh Jepun yang datang dari pelbagai arah. Radar Amerika Syarikat yang mengesan mereka dari sejauh 200 batu terletak di bahagian atas peta ini.

Sebahagian rancangan Jepun untuk serangan ini termasuk memutuskan perundingan dengan Amerika Syarikat sebelum (dan hanya sebelum) serangan tersebut. Duta daripada Kedutaan Jepun di Washington, termasuk wakil khas Saburu Kurusu, telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Negeri (State Department) mengenai reaksi Amerika Syarikat terhadap pergerakan Jepun ke Indochina pada musim panas. Beberapa detik sebelum serangan, perutusan panjang dengan arahan menghantarkannya dari Kedutaan ke Pejabat Perhubungan Asing (Foreign Office) di Tokyo (ternyahkod dengan mesin kod ungu), dengan arahan untuk menghantarkannya ke Setiausaha Hull sejurus sebelum serangan dijadualkan bermula (contoh., 1 PM waktu Washington). Disebabkan kelewatan nyahenkripsi dan penaipan, kakitangan Kedutaan gagal melakukannya; perutusan panjang memutuskan perundingan dihantar lama selepas waktu sepatutnya, dan lama selepas serangan telah bermula. Kelewatan penyampaian nota tersebut menambah kepada kemarahan Amerika Syarikat terhadap serangan tersebut, dan sebab utama bagi gambaran terkemuka Roosevelt sebagai "… tarikh yang akan kekal dalam keaiban (infamy)". Yamamoto kelihatan bersetuju; beliau juga tidak gembira akan kesilapan masa. Beliau dikatakan telah berkata, "Saya bimbang apa yang kita lakukan ialah membangunkan gergasi yang tidur dan memberikannya tekad yang dashyat", tetapi dikatakan petikan ini ialah yang dicipta untuk filem, Tora! Tora! Tora!. Walaupun petikan itu tidak disebut oleh Yamamoto, ia jelas menggambarkan perasaannya mengenai serangan tersebut.

Barisan Kapal Tempur memberikan kepadatan sasaran yang menarik.

Kedua-dua bahagian perutusan akhir telah dinyahenkripsi oleh Amerika Syarikat lama sebelum Kedutaan Jepun berjaya melakukannya, dan Amerika Syarikat telah menyahenkripsi bahagian kedua yang menyebabkan Jeneral George Marshall menghantar amaran terkenalnya ke Hawai pada pagi — yang sebenarnya dihantar oleh, penunggang basikal perutusan Jepun kelahiran Amerika muda, kepada Jeneral Walter Short di Pearl Harbor beberapa jam selepas serangan berakhir (terdapat kesulitan dengan komunikasi Tentera, dan kelewatan penghantaran akibat kabel perdagangan, dan entah bagaimana kehilangan tanda "PENTING" dalam penghantarannya).

Kesan segera

Tempat simpan peluru hadapan USS Arizona meletup selepas ia terkena bom yang digugurkan oleh Tadashi Kusumi.

Dari segi matlamat strategik serangan ke atas Pearl Harbor merupakan, dalam tempoh singkat ke serdahana, kejayaan gemilang yang melampaui mimpi terbaik perancangnya dan sedikit yang setanding dengannya dalam sejarah ketenteraan sebarang era. Disebabkan kehilangan teruk di Pearl Harbor dan penjajahan lanjut Jepun di Filipina, dalam tempoh enam bulan berikut, angkatan laut Amerika Syarikat hampir gagal memainkan peranan penting dalam pentas Asia Perang Dunia II. Dengan Angkatan Pasifik Amerika Syarikat hampir keluar daripada perkiraan, pihak Jepun bebas daripada kebimbangan mengenai kuasa laut Pasifik lain. Jepun terus menjajah Asia tenggara, seluruh barat daya Pasifik dan menghulur cengkamannya jauh ke Lautan India.

Kesan masa panjang

Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang serangan ke atas Pearl Harbor merupakan malapetaka strategik bagi Jepun. Malah Laksamana Yamamoto, yang mencetuskan idea menyerang Pearl Harbor, telah meramalkan bahawa sungguhpun dengan kejayaan menyerang Angkatan Amerika Syarikat, Jepun tidak akan dan tidak mampu memenangi perperangan dengan Amerika Syarikat, kerana keupayaan pengeluaran Amerika terlalu besar. Salah satu matlamat Jepun adalah untuk memusnahkan tiga kapal induk Amerika Syarikat yang diletakkan di Pasifik, tetapi kapal-kapal tersebut tiada ketika serangan berlaku — Enterprise dalam perjalanan pulang, Lexington telah berlayar keluar beberapa hari sebelumnya, dan Saratoga berada di San Diego selepas pengubahsuaian di Limbungan Tentera Laut Puget Sound. Perosakan kebanyakan kapal perang Amerika Syarikat daripada mampu bertugas, dianggap secara meluas— oleh tentera laut dan pemerhati sejagat —sebagai kejayaan cemerlang bagi pihak Jepun. Kehilangan kapal perang menyebabkan tentera laut Amerika Syarikat tiada pilihan kecuali meletakkan keyakinan mereka pada kapal induk dan kapal selam yang merupakan kebanyakan apa yang tinggal—dan hal ini merupakan peralatan dengan mana tentera laut Amerika Syarikat menghentikan dan kemudiannya mengundurkan kemaraan Jepun. Kehilangan kapal perang sebenarnya tidak sepenting yang difikirkan oleh semua orang sebelum (di Jepun) dan selepas serangan (di Jepun dan Amerika Syarikat).

Presiden Franklin D. Roosevelt menandatangani Deklarasi Perang terhadap Jepun pada hari berikut selepas serangan.

Barangkali hal yang paling penting ialah serangan Pearl Harbor bertindak sebagai pemangkin yang menggerakkan sebuah negara untuk bertindak serta merta yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh perkara lain. Dalam masa semalaman sahaja, pengeboman tersebut menyatukan seluruh Amerika dengan matlamat untuk berperang dan menang perperangan dengan Jepun, dan barangkali mendorong kedudukan penyerahan tanpa syarat yang ditekankan oleh pihak Berikat. Sesetengah sejarawan percaya bahawa Jepun tetap akan kalah, tanpa mengira sama ada depoh minyak dan kedai mesin dimusnahkan atau sekiranya kapal induk berada di pelabuhan dan ditenggelamkan.

Tindak balas Amerika Syarikat

Pada 8 Disember 1941, Kongres Amerika Syarikat mengistiharkan perang ke atas Jepun dengan Jeannette Rankin merupakan undi menentang tunggal. Franklin D. Roosevelt menandatangani pengistiharan perang tidak lama kemudian, menggelar hari sebelumnya "tarikh yang akan kekal dalam keaiban (infamy)." Kerajaan AS meneruskan kerahan tentera, dan mula bertukar kepada ekonomi perang.

Soalan berkait ialah kenapa Jerman Nazi mengistiharkan perang ke atas Amerika Syarikat 11 Disember 1941 sejurus selepas serangan Jepun. Hitler tidak perlu melakukannya di bawah syarat kuasa Axis, tetapi tetap melakukannya. Hal ini pastinya menggandakan kemarahan penduduk awam Amerika dan membenarkan Amerika Syarikat meningkatkan sokongannya terhadap United Kingdom, yang melewatkan sedikit tempoh tindak balas Amerika terhadap kekalahan di Pasifik.